Soalan-Soalan Lazim Ditanya
Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan umum mengenai Xypex, termasuk maklumat mengenai pemasangan, produk, teknologi kristalin dan banyak lagi.
Ya. Kerana Xypex tidak bergantung kepada perlekatan pada permukaan konkrit tetapi sebaliknya, ia menjadi bahagian penting dalam jisim konkrit, ia mampu menahan tekanan hidrostatik ekstrem dari mana-mana belah (positif atau negatif) konkrit. Ujian makmal bebas yang mengikut “Kebolehtelapan Konkrit” CRD C-48 Kor Jurutera Tentera Amerika Syarikat menunjukkan bahawa konkrit yang dirawat oleh Xypex mampu menahan sehingga 405 kaki (123.4 m) tekanan kepala (175 psi/1.2 MPa), iaitu had peralatan ujian.
Penggunaan Xypex yang lazim termasuk simpanan air, kumbahan dan tangka rawatan air, struktur simpanan sekunder, terowong, peti bawah tanah, lurang, paip konkrit, asas, kolam, struktur letak kenderaan dan pembinaan bawah gred.
Ya. Xypex mempunyai sistem pembaikan tertentu yang menggunakan teknologi kalis air kristalinnya yang unik untuk menghentikan pengaliran air melalui rekahan, sendi pembinaan yang rosak dan kecacatan yang lain. Dalam hal sendi perluasan atau rekahan bergerak yang kronik, penutup yang fleksibel adalah disyorkan.
Tidak. Xypex tidak mengandungi sebarang pembawa organik yang meruap (VOC) dan boleh digunakan dengan selamat dalam persekitaran yang tertutup. Xypex diluluskan oleh pelbagai pihak berkuasa kesihatan dan air di seluruh dunia untuk kegunaan ke atas struktur yang mengandungi air yang boleh diminum atau bahan makanan. Antara agensi-agensi ini ialah:
- NSF International
- Jabatan Kesihatan Negara Switzerland
- Makmal Penyelidikan Makanan Jepun
- Badan Pemantauan Air Minuman United Kingdom (DWI)
- Pusat Kualiti Air Australia
- Institut Standard dan Penyelidikan Industri Singapura
- Pusat Penyelidikan Perancis untuk Kawalan Air
- Institut Kesihatan & Pusat Air Minuman Republik Czech
Teknologi Kristalin Xypex tersedia dalam tiga bentuk:
- Sebagai Sistem Salutan (Xypex Konsentrasi & Diubah Suai) untuk struktur baharu atau sedia ada.
- Sebagai Bahan Campuran Konkrit (Xypex Admix Siri C) untuk ditambah ketika pengelompokan konkrit.
- Ketiga-tiga pilihan ini akan terbukti sebagai aset kepada proses nilai kejuruteraan dan kepada kefleksibelan jadual pembinaan.
Berdasarkan ujian bebas mengikut “Ketahanan Kimia Mortar” ASTM C 267, konkrit yang dirawat oleh Xypex tidak terjejas oleh rangkaian kimia agresif yang luas termasuk asid lembut, pelarut, klorida dan bahan kaustik. Oleh kerana Xypex ialah spesifik pH (bukannya spesifik kimia) ia akan melindungi konkrit daripada sebarang kimia yang julat pHnya 3.0 ke 11.0 dalam sentuhan berterusan, atau 2.0 ke 12.0 dalam sentuhan bekala.
Rawatan Xypex, tidak seperti kebanyakan sistem yang lain, menjadi bahagian yang kekal dalam matriks konkrit. Pertumbuhan kristalin dendritiknya yang unik tidak akan merosot di bawah keadaan biasa, dan proses kristalin akan bereaksi semula dengan kehadiran air.
Sistem kristalin Xypex untuk kalis air dan perlindungan konkrit ialah agak berbeza daripada produk halangan tradisional (membrane, salutan bersimen, dsb):
- Xypex mencipta struktur krisalin jauh ke dalam pori dan saluran kapilari jisim konkrit untuk mengelakkan penembusan air dan kimia yang agresif. Sebaliknya, produk jenis halangan hanya berfungi pada permukaan konkrit.
- Xypex akan menutup rekahan halus sehingga 0.5 mm (0.02”).
- Xypex tidak tertakluk kepada masalah kemerosotan yang dialami oleh membran.
- Xypex direka untuk kekal dan bereaksi semula dengan kehadiran air.
Reaksi kimia Xypex yang mula-mula berlaku pada permukaan konkrit akan berterusan ke dalam struktur konkrit. Pelbagai faktor menjejaskan kadar dan kedalaman penghabluran dalam konkrit. Sesetengah daripada faktor-faktor ini ialah: bilangan salutan Xypex, rekaan konkrit yang bercampur, kepadatan, keliangan, kandungan simen, pendedahan kepada lembapan dan suhu. Ujian bebas mengukur kedalaman penembusan kristalin Xypex ke dalam sebuah blok konkrit yang dibentuk pada 30 cm (kira-kira 12 inci). Sampel konkrit ujian ini disalut pada permukaan atasnya oleh Larutan Xypex dan ditinggalkan di luar makmal penyelidikan dalam suhu persekitaran selama 12 bulan.
Ya. Dengan mengelakkan pencerobohan daripada air, air garam, kumbahan, dan kebanyakan kimia, Xypex membantu melindungi besi yang diperkukuhkan daripada pengoksidaan dan kemerosotan.
Ya. Dengan menyekat pencerobohan air ke dalam konkrit, Xypex membantu melindungi konkrit daripada kesan kerosakan daripada kitaran pembekuan/penyahbekuan yang berulang.
Tidak. Formasi kristalin Xypex menjadi sebahagian daripada matriks konkrit sendiri dan tidak mempunyai kesan penyahan terhadap konkrit. Sebenarnya, ujian makmal bebas telah menunjukkan bahawa dalam kebanyakan keadaan, Xypex merangsang kekuatan dan ketahanan struktur konkrit.
Xypex menjadi bahagian yang penting dalam jisim konkrit sendiri. Produk halangan tradisional, dalam pada itu, bergantung sepenuhnya kepada prestasinya di atas permukaan konkrit dan oleh itu tertakluk kepada kemerosotan yang disebabkan oleh pendedahan kepada alam sekitar, tekanan hidrostatik, pemancitan, penyahlaminaan, hakisan kimia, dan kerosakan ketika pengisian berbalik. Xypex dihasilkan untuk menyingkirkan isu-isu ini. Formula Xypex adalah berasaskan sifat-sifat semula jadi konkrit – hakikat bahawa konkrit adalah bersifat berliang dan berkimia. Dengan lembapan sebagai pemangkin, kimia asal Xypex bereaksi dengan produk-produk penghidratan simen untuk membentuk sebuah kompleks tidak larut dalam pori, ruang dan saluran kapilari jisim konkrit. Daripada kedudukan dalam ini, Xypex menjadikan konkrit tidak dapat ditembusi oleh air dan sebarang cecair dari mana-mana arah, menyingkirkan masalah yang lazimnya dikaitkan dengan halangan tradisional dan, dalam proses ini, merangsang kualiti dan ketahanan struktur konkrit.